Lebih 150 orang belia-belia Mukim Saba telah hadir untuk mengikuti ceramah anjuran Persatuan Kampong Saba (PERKASA) dengan kerjasama Majlis Perundingkan Kampong Mukim Saba dan Kumpulan Muslimah Balai Ibadat Kampong Saba. Sesi ceramah yang bertajuk “Kearah Memperkasa Belia-Belia Mukim Saba”, adalah satu daripada aktiviti yang telah dirancangkan oleh Persatuan PERKASA pada tahun ini. Sesi ceramah ini telah mendapat sokongan daripada Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Majlis Belia Brunei, Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir sama pada sesi ceramah tersebut Awang Haji Mayalin bin
Haji Saat, Ketua Kampong Saba Darat, Ahli-Ahli Majlis Perunding Kampong Mukim Saba, Kumpulan
Muslimah Balai Ibadat Kampong Saba dan
Ahli-Ahli Persatuan PERKASA.
Majlis dimulakan dengan Lagu Kebangsaan beramai-ramai dan seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Awang Haji Ramli bin Haji Ladis, Imam Balai Ibadat Kampong Saba. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Awang Haji Ismail bin Haji Hamdan, Pengurusi Majlis dan juga Yang Di Pertua PERKASA.
Antara ain tujuan utama sesi ceramah ini adalah untuk mendorong dan menarik
belia-belia Mukim Saba untuk melibatkan diri dengan persatuan belia dan
aktiviti-aktiviti kebeliaan. Disamping mengalakan lebih ramai belia bergiat
aktif dalam kegiatan kesukarelawanan dan kemasyarakatan, dan memberi peluang kepada mereka mengikuti
program-program kebeliaan, kesukarelawanan dan kemasyarakatan anjuran
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan NGO yang lain serta dapat menyemarakan
lagi semangat kerjasama, mengwujudkan persefahaman dan kerja berpasukan.
Majlis diteruskan dengan ceramah mengenai Pengurusan Tenaga Belia dan Wawasan Belia yang disampaikan oleh Yang
Mulia Awang Mohd Zefri Ariff bin Mohd Zain Ariff, Setiausaha Agong Tertinggi,
Majlis Belia Brunei, sementara ceramah mengenai Sejarah Penubuhan Persatuan PERKASA disampaikan oleh Yang Mulia
Awang Saini bin Haji Tassim, Setiausaha Agong PERKASA.
Sebelum majlis...
No comments:
Post a Comment