Friday, February 5, 2010

LAWATAN KE BIRO KAWALAN NARKOTIK






Alhamdulilah, pada hari Jumaat 29hb Januari 2010, seramai lebih 50 orang ahli PERKASA telah membuat lawatan ke Pejabat Biro Kawalan Narkotik (BKN) di Tungku. Rombongan lawatan diketuai oleh Yang DiPertua PERKASA berserta dengan Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Ahli-Ahli biasa.

Lawatan tersebut adalah diatas jemputan pihak BKN. Sambutan daripada Ahli PERKASA sangat-sangat menggalakkan. Antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk meluaskan pengetahuan Ahli-Ahli PERKASA khasnya belia-belia muda PERKASA mengenai dengan peranan BKN dalam membentras kegiatan DADAH HARAM di negara kita ini. Disamping itu. lawatan ini juga memberi pendedahan kepada Ahli-Ahli PERKASA dalam mengenali jenis-jenis DADAH HARAM dan kesannya yang perlu diketahui supaya tidak mudah terpengaruh.

PERKASA sangat berbesar hati dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak BKN diatas jemputan dan penerangan serta layan yang telah diberikan sepanjang lawatan tersebut.

1 comment:

Unknown said...

go perkasa demi maruah anak kampung saba.