Monday, December 13, 2010

MUZAKARAH PERSATUAN BELIA-BELIA BERSAMA MENTERI KBBS






Muzakarah  Persatuan Belia-Belia bersama Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah diadakan pada 11hb Disember 2010, bertempat di Dewan Persidangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Persatuan PERKASA telah diwakili oleh Awang Saini bin Tassim, Setiausaha Agung  PERKASA dan  Awang Rosman bin Haji Mohin, Setiausaha Media

Muzakarah ini diadakan bagi mengenalpasti dimanakah ujudnya belia-belia kita sekarang melalui berpersatuan yang mana persatuan persatuan belia adalah stake holder kepada KKBS. Perjumpaan ini telah mengadakan sessi soal jawab diantara wakil wakil persatuan dengan yang berhormat Pehin. Banyak lah luahan luahan persoalan dan usulan di bentangkan demi untuk memperkuatkan lagi dan menyemai sifat belia yang berjiwa besar.

Dengan adanya muzakarah ini adalah titik tolak permulaan bagi menggiatkan dan memperkasa lagi kepada belia belia khususnya bagi menyahut sabda KDYMM yang ingin "Belia Berjiwa Besar". Semoga hasrat baginda akan terlaksana, insyallah. Dengan ini bersedia lah kita bagi menerima segala cabaran & rintangan yang akan dihadapi bagi menanai hasrat kerajaan pada tahun 2035.