-->
Bandar Seri Begawan- Lebih 20 orang ahli Persatuan Kg Saba (PERKASA )terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatan Tadbir tertinggi yang di ketuai olih Yang DiPertua Persatuan PERKASA telah mengadakan lawatan ke Ke Mukim Saba bagi tujuan melihat lebih dekat lagi suasana di Mukim Saba di samping beremah mesra bersama dengan penduduk-penduduk kampong Saba.
Acara lawatan bermula ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer dan Ke Mini Muzium Kampong Saba dipunyai olih Awg Hj Mahmud bin Mohammad anak jati penduduk kampong Saba. Lawatan diteruskan dengan lawatan ke beberapa rumah penduduk-penduduk di Mukim Saba sambil beremah mesra dan bertukar-tukar fikiran serta pandangan daripada penduduk-penduduk Mukim Saba.
Sebelum itu Ahli-ahli tadbir Tertinggi Persatuan PERKASA juga mengadakan sesi bergambar ramai di lokasi Mercu Dirgahayu 60 tahun sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertua Negara Brunei Darussalam.